22 November 2009

: : 10 MuWasaFat TaRbiaH : :




1
Akidah yang sejahtera

2
Ibadah yang shahih

3
Akhlak yang mantap

4
Luas pengetahuan

5
Sihat tubuh badan

6
Mampu berdikari

7
Melawan nafsu

8
Sangat menjaga masa

9
Tersusun urusannya

10
Bermanfaat kepada orang lain



Sama-samalah kita mengaplikasikan 10 sifat di atas di dalam kehidupan seharian...Semoga dipermudahkan segala urusan menuju redhaNya...


21 November 2009

<< LA TAHZAN >>



# Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,

# Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,

# Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,

# Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,

# Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,

# Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,

# Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,

# Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah .


Gambar hiasan

Sanah HeLwaH Ya Jamilah =)


Assalamualaikum wbt...

Pada 20 November 2009 genaplah usiaku 22 tahun...Semoga dengan meningkat umur seiring juga bertambah amalan...Semoga panjang umur,murah rezeki,dan yang paling penting hidup diberkati Allah dan sentiasa dalam redhaNya...kullu am wa ana bikhair daiman..

Nak citer sikit pada hari eid milad saya..ahlibet saya ( pipah,mirah, k.nana,k.long dan k.dib ) , ahlibet salsabila ( k.syikin dan amal ) dan kinah nak buat suprise pada hari bersejarah tersebut tapi terkantoi... nak tahu sebab ape!!!! sebab camni citer dia..pada petang kejadian tu saya risau pipah xbalik lagi cz dah lewat sgt nk azan maghrib..sy check la kt luar n buka pintu kot2 dia ade kat luar..nak tahu ape dia berlaku lps tu!!!! memang dia ade la kt luar balik senyap2 dan masuk senyap2 xnk bagi saya tahu tp sebaliknya saya yang buka pintu dan tahu la kenapa dia balik lewat...ermmm nak wt suprise tp xjadi..hehhe...tp xpe...ila sodiqatil mahbubah...saya terharu dengan kalian... walaupun xseberapa tp saya amat menghargai semua tu sampaikan xleh nk wt ucapan sepatah dua kata...hanya 3 kata je sempat saya ucap "sila menjamu selera"...hehe =D terima kasih yang xterkira tuk kalian..kalian teman dunia akhirat...InsyaAllah...moga Allah membalas segala usaha kalian...Uhibbukunna Fillah..


hidangan yang lazizah =D



Nampak bestkan..memang best pun..hehe



Waaaahhhhh!!!!


Dah kenyang....Alhamdulillahil lazi ath'amana wa saqoona wa ja'alna minal muslimin....Ameen


Renungan :

--;--;-<@
--;--;-<@
--;--;-<@

"Manusia dapat menghitung umurnya yang terpakai tapi
berapa yang tinggal tetap menjadi rahsia
~ HAMKA ~


08 November 2009

.: Pesanan LuQman Al-Hakim :.

" Sepanjang hidupku aku memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang terdahulu, iaitu : -

1.Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jaga baik-baik fikiranmu.

2.Apabila engkau berada di rumah orang lain maka jagalah pandanganmu.

3.Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

4.Apabila engkau hadir dalam jamuan maka jagalah perangaimu.

5.Ingatlah kepada ALLAH.

6.Lupakan budi pada orang lain.

7.Lupakan kesalahan orang lain terhadapmu.

8.Ingat kepada mati.

07 November 2009

SALAM TA'ARUF....


Assalamua'laikum wbt....
Pertama-tamanya dan selamanya ana ucapkan kepada Rabbul Izzati kerana dengan limpah kurnianya ana dapat mencipta blog yang tak seberapa ini..Ana harap dengan nukilan doif ana ni dapat mengisi jiwa-jiwa para pengunjung yang ahibbaa sekalian..Seandainya ia mutiara,kutiplah ia sebanyak mungkin...ma asobaka min hasanatin faminallah,wa ma asobaka min sayyiatin fa min nafsi wa do'fi

06 November 2009

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dengan nama ALLAH yang Amat Pengasih lagi Penyayang...

Ahsan wasahlan ila jami'e asdiqo wal aqorib...

06 November 2009-Detik permulaan melangkah kaki ke dunia blog...

Semoga dengan petujuk dan inayahnya dapat meneruskan nukilan ini selagi nyawa dikandung badan...

arju lakum an tak khuzu kullul manafa'ah walhasanat...